TARIKH TUTUP PERMOHONAN PAKEJ BANTUAN COVID-19

Adalah dimaklumkan bahawa semua permohonan Bantuan Tunai One-off Pakej Bantuan COVID-19 bagi semua kategori telah ditutup pada 29 Mei 2020 pukul 12:00 tengah malam.

Peringatan
Permohonan akan terbatal dengan sendirinya dan tindakan undang- undang boleh diambil sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.
Bagi menjamin keselamatan data dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), rekod sedia ada tidak akan dipaparkan. Tuan/puan boleh mengisi semula maklumat yang sama atau mengemaskini kepada maklumat yang baharu.

Soalan-Soalan Lazim

Sistem Permohonan Pakej Bantuan COVID-19 Kerajaan Negeri Sabah
  1. Penghantaran Permohonan
    1. Bagaimanakah saya mengetahui permohonan telah sampai kepada agensi yang mengendalikan bantuan?
      Status penyemakan akan memaparkan "Permohonan sedang diproses".
    2. Bagaimanakah saya mengetahui sekiranya permohonan ditolak?
      Status penyemakan akan memaparkan mesej yang permohonan anda telah ditolak atas sebab-sebab yang dipaparkan.
    3. Bolehkah saya menghantar lebih dari satu permohonan?
      Anda tidak digalakkan menghantar lebih dari satu permohonan, sebab akan melambatkan proses pembayaran.
  2. Bayaran Masuk Duit Bantuan
    1. Bagaimanakah saya mengetahui duit bantuan sudah dimasukkan ke dalam akaun?
      Status penyemakan akan memaparkan "Pembayaran Berjaya"
    2. Apakah yang menyebabkan pembayaran tidak dapat dibuat bagi permohonan yang lulus?
      Antara punca-punca adalah seperti berikut:
      • Akaun bank yang tidak aktif atau dibekukan.
      • Nama akaun bank adalah akaun bank yang bersama (bukan akaun individu)
      • Pembayaran ditolak oleh bank dengan sebab-sebab yang tertentu oleh bank.
      • Salah bank atau nombor akaun bank.
      • MyKad tidak sah.
      • Menggunakan ASB, Tabung Haji.
      • MyKad pemilik akaun bank tidak sama dengan MyKad pemohon.
    3. Saya dan rakan-rakan yang lain membuat permohonan pada hari yang sama. Tetapi mengapa saya belum mendapat duit bantuan sedangkan rakan-rakan yang lain sudah?
      Bagi permohonan yang sedia ada (sebelum 15/04/2020), sebahagian besar data telah diproses untuk pengesahan dan dibuat pembayaran. Permohonan baru bergantung kepada proses tapisan diperingkat jabatan.
      Perkara berikut antara punca yang boleh melambatkan proses:
      • Tidak layak
      • Salah bank atau nombor akaun bank
      • Maklumat dicurigai atau tidak lengkap
      • MyKad tidak sah
      • Akaun bank telah dibekukan
      • Menggunakan ASB atau Tabung Haji
      • MyKad pemilik akaun bank tidak sama dengan MyKad pemohon
covid19.sabah.digital | sabah.gov.my
Laman web ini diaktifkan dengan sepenuhya pada 2020-04-15 19:00
Bil. Pelawat (5 minit):
Bil. Paparan (30 minit):
Bil. Paparan (Keseluruhan):